Thursday, 10 April 2014

Jenis Motherboard & Driver


Motherboard adalah papan litar bercetak yang merupakan asas komputer dan membolehkan CPU,RAM, dan semua komponen perkakasan komputer lain untuk berfungsi dan berkomunikasi antara satu sama lain.
-Juga dikenali sebagai mainboard,mobo,mobd,papan litar utama,lembaga satah,papan logik dan sebagainya.
-Driver adalah sangat penting bagi sesebuah komputer.Komputer yang baru biasanya akan disediakan CD driver yang lengkap untuk satu motherboard.
-Ada beberapa motherboard memang sudah mempunyai device driver “plug n play“ yang tersendiri.

Anda perlu tahu jenis motherboard sebelum download/instal driver supaya ianya bersesuaian & berfungsi dalam keadaan baik.

Berikut adalah beberapa cara mengenalpasti jenis motherboard:
1. On komputer, tunggu sehingga bunyi 'bit' & tekan button Pause-Break

                Jenis Motherboard : Asus-P2B-DS yang menggunakan chipset jenis i440BX


2.Menggunakan Command Prompt (CMD)


Windows 7   :
Klik 'Start Button' > taip 'cmd' & tekan 'Enter'.Kemudian taip 'wmic baseboard list  /format' > dan tekan Enter
WindowsXP :
Klik 'Start Button' > Run > taip 'cmd' & tekan 'Enter'.Kemudian taip 'wmic baseboard list  /format' > dan tekan Enter


3. Dxdiag



-Klik 'Start Button' > taip 'dxdiag' > 'Enter'.


4. Menggunakan Software
-Cpu-Z 
*Link download : 'Click here' atau 'Click here'


-Speccy
*Link download : 'Click here'


Untuk mengetahui motherboard anda dengan lebih terperinci, download software dibawah :
*SiSoftware Sandra'Click here'
*Everest                  - 'Click here'




PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

Wednesday, 9 April 2014

Cache & Cookies Browser


Setiap kali anda melayari laman web tertentu, "temporary internet files and cookies" akan disimpan pada komputer anda untuk menyimpan rekod laman web yang anda telah lawati.

Fail-fail yang disimpan ini membantu mengakses maklumat lebih cepat,tetapi boleh menyebabkan ruang cakera komputer anda sedikit berkurangan & melambatkan proses internet.

Maksud Browser Cache?
Cache adalah folder sementara digunakan untuk memuatkan lebih cepat kandungan & imej website apabila melayari laman web tertentu yang mana datanya disimpan dalam cache

Browser - Cookies?
cookies adalah fail kecil yang dimuat turun ke komputer anda ketika melayari website seperti web,data dan dokumen untuk tontonan lebih cepat pada masa hadapan.

Anda boleh menggunakan cara manual untuk membuang cookies & cache pada browser atau menggunakan software.

Software : Delete History Free 
supports : Internet Explorer,MSN Explorer,AOL Explorer (AOL Browser),
                Maxthon (MyIE2),Firefox,Safari,Opera,Mozilla,Netscape
                and Google Chrome.

                                                           Link Download : 'click here'

*Pastikan Browser ditutup dahulu sebelum anda Klik 'Clear' Button





PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508