Wednesday, 24 July 2013

Proxifier dan cara menggunakannya

Proxifier adalah sebuah program yang memungkinkan aplikasi jaringan yang tidak menyokong proses melalui proxy server beroperasi melalui HTTP atau SOCKS proxy server atau rantai(chain proxy). 
Klik di sini untuk muat turun

1. Install dan buka proxifier
2. Klik pada proxy server untuk setting proxy . lihat seperti gambar untuk dengan lebih jelas



 3. Setting pada proxy server dengan klik add. Ia seperti gambar berikut
(Isi sesuai dengan proxy yang ada di aplikasi lain. Contoh esteh (ssh client). jika tiada maka abaikan)




4. Klik pada bahagian proxification rules --> pilih add alu klik browser ---> lalu pilih aplikasi yang akan di setting arahkan dengan proxifier , seperti firefox, idm, chrome dll. Untuk dengn lebih jelas lihat gambar




PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

Tuesday, 23 July 2013

Mengatasi komputer 'hang'

EndltAll ialah perisian yang membolehkan anda untuk menutup semua aplikasi dengan pantas. Ia berguna apabila tiba-tiba komputer atau laptop anda 'hang'.  Ia mungkin terjadi apabila kita membuka terlalu banyak aplikasi yang berlainan tanpa menutup semula aplikasi yang tidak diperlukan mahupun yang sedang kita gunakan.









Perisian ini menjadikan kerja kita lebih mudah daripada kita perlu menutup semua aplikasi yang dibuka secara manual. Dengan hanya satu klik, maka semua aplikasi akan ditutup. Ianya merupakan perisian percuma.

                                                       Klik disini untuk muat turun.



PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

Photo Crop Editor And How to crop a photo using Photo Crop Editior



For consumer who wants a software with function like Photoshop. You can 'crop' picture as form that you want and put him in different pictures. Easy to use. 

step 1 open photo crop editor and just click ok


step 2 press image and get any image you want


step 3 press quick crop


step 4 press right click and put a circle in the body's details


step 5 press left click and put semi circle around the person


step 6 press crop and quit


step 7 press background and press picture if u want browse for a picture


step 8 press save and save it



 Click here to download.


PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508








Friday, 19 July 2013

BIOS POST

POST merupakan satu langkah ujian yang dijalankan oleh komputer untuk memastikan ia memenuhi keperluan sistem dan semua perkakasan komputer yang dipasang boleh berfungsi dengan baik sebelum ia memulakan proses booting. Jika ujian POST itu memenuhi kriteria keperluan komputer tersebut, ia akan menghasilkan sekali bunyi beep sebagai signal supaya pengguna tahu yang komputer tersebut telah lulus didalam ujian itu dan akan melakukan proses booting dan seterusnya login ke dalam windows, terdapat juga beberapa pengeluar komputer BIOS yang menghasilkan bunyi beep 2 kali untuk tujuan ini.

Komputer BIOS AMI
AMIBIOS adalah sejenis BIOS dikeluarkan oleh American Megatrends (AMI). Banyak pengeluar motherboard popular telah menggunakan AMIBOS-AMI ke dalam sistem mereka.

Tedapat juga pengeluar papan induk yang lain telah mencipta perisian BIOS berdasarkan sistem AMIBIOS yang asal. Signal beep dari komputer BIOS AMIBIOS yang dihasilkan itu mungkin sama seperti yang sebenar ataupun mungkin berbeza sedikit. Berikut adalah signal beep BIOS AMIBIOS yang berkemungkinan boleh berlaku.



Komputer BIOS AWARD
Award BIOS dikeluarkan oleh Award, ia kemudiannya diambil oleh Phoenix Technologies. Berikut adalah signal beep AMI BIOS yang berkemungkinan boleh berlaku, oleh sebab terdapat pengeluar komputer BIOS yang lain jadi signal ini mungkin juga berbeza-beza. Jika terdapat isu-isu perkakasan dimana ia boleh diperbetulkan, satu mesej arahan BIOS akan muncul.



Komputer BIOS IBM
Berikut adalah signal beep AMI BIOS yang berkemungkinan boleh berlaku, oleh sebab penggunaan BIOS ini digunakan oleh model komputer yang berbeza-beza, jadi signal ini berkemungkinan juga berbeza-beza.



Komputer BIOS Phoenix
Phoenix BIOS dikeluarkan oleh Phoenix Technologies, kebanyakkan papan induk moden menggunakan Phoenix BIOS didalam sistem mereka. Berikut adalah signal beep BIOS Phoenix yang berkemungkinan boleh berlaku.






PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

Thursday, 20 June 2013

Kad AntaraMuka Grafik

Imej yang anda lihat di monitor diperbuat daripada titik-titik kecil yang dipanggil piksel. Pada tetapan resolusi skrin yang paling biasa ia memaparkan lebih daripada satu juta piksel dan komputer akan memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan setiap satu piksel untuk membentuk satu imej paparan. Untuk melakukan proses ini, ia memerlukan penterjemah untuk mengambil data binari daripada pemprosesan pusat dan mengubahnya menjadi imej yang boleh anda lihat. Berlainan pula jika komputer hanya mempunyai keupayaan grafik yang dibina pada motherboard, dan proses ini berlaku di kad antaramuka grafik.

Proses kerja yang dilakukan pada kad antaramuka grafik adalah amat kompleks akan tetapi prinsip-prinsip dan komponennya adalah mudah untuk difahami. Dalam artikel ini, kita akan melihat bahagian asas kad antaramuka video dan apa yang mereka lakukan? Kami juga akan mengkaji faktor-faktor bagaimana ia dapat melakukan sesuatu kerja dengan secara bersama untuk menghasilkan sesuatu gambar dengan pantas dan cekap.

Fikirkan komputer anda sebagai sebuah syarikat yang mempunyai jabatan seni sendiri. Apabila seseorang dalam syarikat itu mahu sebuah karya seni, mereka menghantar permintaan kepada jabatan seni. Jabatan seni memutuskan bagaimana untuk mencipta imej tersebut dan kemudiannya meletakkan ia di atas sekeping kertas. Hasilnya idea seseorang dapat dicapai, dan karya itu dapat dilihat.

Kad grafik menggunakan prinsip yang sama. Pemprosesan pusat bekerja sama dengan aplikasi perisian, menghantar maklumat mengenai imej tersebut ke kad antaramuka grafik, dan kemudiannya kad antaramuka grafik memutuskan bagaimana untuk menggunakan piksel tersebut untuk menjadikan imej dan maklumat itu dihantar ke monitor melalui sambungan kabel.

Mewujudkan imej daripada data binari adalah satu proses yang mencabar. Untuk membuat imej 3-D, kerja pertama kad grafik adalah mewujudkan rangka dawaian daripada satu garisan lurus. Kemudian ia, melakukan rasterizes imej (mengisi baki piksel). Ia juga menambah struktur pengcahayaan, tekstur dan warna. Untuk permainan 3-D, kad antaramuka grafik akan melakukan proses ini sehingga enam puluh kali sesaat. Jika tiada kad antaramuka grafik untuk melakukan pengiraan yang perlu, pemprosesan pusat terpaksa menanggung beban melampau untuk menghasilkan imej tersebut.

Kad grafik melakukan tugas ini menggunakan empat komponen utama:

Sambungan motherboard untuk data dan kuasa.
Pemprosesan pusat untuk menentukan apa yang perlu dilakukan dengan setiap piksel pada skrin.
Memori sementara untuk menyimpan maklumat lengkap tentang setiap pixel dan untuk menyimpan imej yang lengkap.
Sambungan ke monitor supaya anda dapat melihat keputusan terakhir.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

Sandy Bridge

Sandy Bridge merupakan nama kod untuk pemprosesan pusat keluarga Intel, pemprosesan Sandy Bridge adalah berbeza daripada generasi sebelumnya kerana menampilkan keupayaan keseluruhan core termasuklah grafik pada chip tunggal, ia dihasilkan menggunakan Intel 32nm (nanometer) dengan teknologi die shrink fabrication process ia juga dihasikan dengan keupayaan Intel Turbo Boost 2.0 untuk peningkatkan prestasi sebagai keperluan asas.

Pemprosesan pusat Intel Sandy Bridge dikeluarkan pada awal tahun 2011, pengeluarannya diperluaskan untuk pemprosesan pusat i3, i5 dan i7, untuk kegunaan komputer desktop, komputer riba dan komputer pelayan. Nama kod  pemprosesan pusat Ivy Bridge merupakan pengganti kepada pemprosesan pusat Sandy Brige, ia dijangka akan dipasarkan pada tahun 2012, pemprosesan pusat Ivy Bridge menampilkan penggunaan Intel 22nm (nanometer) dengan teknologi die shrink process dan dijangkakan dapat menawarkan prestasi yang lebih baik daripada pemprosesan pusat Sandy Bridge dalam lingkungan 20 ke 30 peratus.

Pemprosesan pusat Sandy Bridge memaparkan keupayaan dwi teras, empat teras dan juga enam teras. Ia menggunakan soket jenis LGA 1155.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

Sunday, 2 June 2013

Build 3D PC for: Rendering and Gaming

User     : Autocad, Maya, 3D Studio Max and Gamers
Budget : RM4K-RM4.5K 

*Free : Printer 






PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508