Monday 25 November 2013

Bengkel Celik Komputer (Windows 7, Microsoft Word Dan Power Point)


Boleh Di Muat Turun Di: Vouchers

Untuk Kelas Percuma Adobe Photoshop Voucher Boleh Juga Dihantar Ke Flat Danau Kota
[No C-0-14, Block C, Jalan 3/23D, Off Jalan Genting Klang, 53300. Kuala Lumpur]

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

Friday 15 November 2013

Laptop Model A300 Dan L300 Yang Selalu Hang Atau Auto Restart


Ini merupakan satu masalah yang selalu berlaku terhadap laptop model Toshiba Satellite A300 dan L300, permasalahannya ialah laptop ini akan tiba-tiba hang, ataupun berlakunya auto restart sebaik sahaja laptop ini dicucuk terus ke palam elektrik, sebaliknya ia boleh digunakan tanpa sebarang masalah dengan hanya menggunakan bateri, satu lagi permasalan yang sering timbul adalah terdapat garisan vertikal ataupun horizontal, imej distorted, paling tidak pun skrin mengeluarkan paparan yang warna hijau ataupun putih, masalah ini juga pun berpunca daripada hayat GPU yang hampir rosak.
Puaslah saya google diseluruh web-site ingin mencari punca kerosakan ini, dan adalah beberapa artikel yang bagi saya cukup logik dan ada kena mengena dengan kerosakan, Ia berpunca daripada kapasitor yang terletak dibahagian bawah motherboard, dengan lebih mudah kapasitor Proadlizer NEC TOKIN 0E907, Decoupling Device ​​yang bertanggungjawab terhadap penambahan ataupun pengurangan kuasa yang diperlukan oleh CPU semasa pertambahan kuasa (semasa ac dipasang) atau pengurangan kuasa (semasa ac dicabut). Kapasitor ini boleh diganti dengan menghantar ke pusat servis Toshiba, ataupun dimana-mana kedai yang mempunyai peralatan, kemudahan yang diperlukan untuk proses penggantian kapasitor ini dan yang pastinya kalau setakat alat soldering yang biasa-biasa memang tidak digalakkan.

Pada artikel ini juga saya lampirkan imej untuk kapasitor yang perlu diganti, kepada sesiapa yang tidak pasti tentang kapasitor ini.


Satu cara lagi dengan melakukan pelumpuhan teras dibahagian CPU, untuk mana-mana laptop model A300 atau L300 yang mempunyai 2 teras pada bahagian CPU. Cara ini lebih murah dan berkesan.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508