Sunday, 23 December 2012

Cara Membuat Iklan Yang Hebat

Untuk menghasilkan iklan yang berkesan anda perlu ketahui bahawa terdapat beberapa jenis teknik pengiklanan. Teknik pengiklanan biasanya berbeza mengikut matlamat dan medium pengiklanan yang digunakan. Antara konsep yang paling popular dan sering digunakan oleh syarikat gergasi di seluruh dunia adalah konsep A.I.D.A. AIDA merupakan akronim untuk:
  • A  -Attention (Perhatian)
  • I   -Interest (Minat)
  • -Desire (Kehendak)
  • -Action (Tindakan). 

Pakar Pc akan  menunjukkan anda dengan lebih jelas bagaimana untuk mengaplikasikan teknik ini untuk perniagaan anda.

ATTENTION (PERHATIAN)
Iklan yang berkesan mempunyai daya tarikan yang berjaya manarik perhatian pembaca iklan tersebut. Terdapat pelbagai cara untuk menarik perhatian pembaca untuk melihat iklan anda, antaranya:
Gunakan animasi sekiranya anda menggunakan platform pengiklanan di internet. Kajian membuktikan pergerakan akan menarik perhatian mata dan minda dengan lebih mudah.Yang paling penting sekali, sekiranya anda mengiklankan perniagaan anda di lokasi yang mempunyai lebih daripada 3 iklan, pastikan anda mengelakkan persaingan dalam industri atau bidang yang sama. Bezakan anda dengan iklan yang lain. Jika tidak, cari sahaja tempat pengiklanan lain yang kurang persaingan.

Bagaimana untuk menarik perhatian orang sekiranya anda menggunakan iklan dalam bentuk 'brochure' atau 'flyers'? 
Penggunaan warna yang terang dan kontra. Warna yang Pakar Pc cadangkan adalah seperti merah, jingga dan hijau. Kontra di sini pula bermaksud tulisan dapat dibaca dengan jelas. Pastikan warna tulisan berbeza dengan warna latar belakang.

INTEREST (MINAT)
Setelah anda berjaya mendapatkan perhatian pembaca iklan anda, langkah seterusnya adalah anda perlu naikkan minat mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda. Caranya adalah dengan menyatakan kelebihan produk anda. Berikut terdapat beberapa tips mudah untuk menaikkan minat terhadap produk atau perkhidmatan anda dengan pantas:

  • Letakkan kebaikan kepada pengguna bukannya ciri-ciri produk tersebut.
  • Pastikan anda menyatakan 2-5 kelebihan yang terbaik untuk produk atau perkhidmatan anda.
  • Utamakan kelebihan yang membezakan anda dengan pesaing anda seperti kualiti, harga dan jaminan.

DESIRE (KEHENDAK)
Dalam proses untuk menghasilkan iklan yang berkesan juga anda perlu menjawab soalan yang paling kerap ditanya oleh bakal pelanggan anda tetapi sering dilupakan oleh para pemilik perniagaan lain; “Kenapa saya perlu beli sekarang?” atau “Buat apa nak klik iklan ini?” Sekiranya anda sendiri tidak boleh menjawab soalan mudah ini, maka iklan anda dari awal lagi sudah tidak berkesan. Sebaliknya, jika anda mampu menjawab soalan ini, maka pelanggan anda pun akan boleh. Cara yang paling praktikal untuk mewujudkan kehendak untuk klik pada iklan anda adalah dengan memberikan sesuatu yang susah untuk ditolak oleh bakal pelanggan anda. Sebagai contoh:

  • Pemberian percuma.
    Contoh: Beli satu percuma satu / Beli ubat gigi percuma berus gigi.
  • Jualan atau diskaun untuk jangka masa terhad.
    Contoh: Promosi Hari Raya / Promosi Kembali Ke Sekolah/Stok terhad.

ACTION (TINDAKAN)
Elemen terakhir yang perlu ada di dalam iklan anda adalah kata tindakan. Atau dalam kata lain,
call-for-action. Kebanyakkan perniagaan yang membuat pengiklanan mengambil mudah bahagian ini.
Tanpa anda sedari, dengan meletakkan call-for-action, pengiklanan anda akan mulai berkesan.
Berikut adalah call-for-action yang mudah dan biasa digunakan:
  • Untuk pendaftaran sila hubungi 1800-88-7508.
  • Layari www.facebook.com/thepakarpc untuk melanggan perkhidmatan kami.

Contoh Iklan:



Kepada mereka yang masih baru dalam bidang pengiklanan,yang berminat tetapi tidak mempunyai kemahiran,bolehlah hadir ke Bengkel Graphic kami untuk mempelajari teknik-teknik yang amat berkesan
dalam bidang pengiklanan.

"PELUANG HANYA DATANG SEKALI"

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment