Wednesday, 22 January 2014

Anda dan Sosial Media -Isu Keselamatan


Media sosial telah merubah lanskap cara kita berkomunikasi, berkongsi pandangan dan kritikan, berniaga, belajar dan seterusnya cara kita bersosial. Hari ini kita banyak belajar melalui ruangcyber dan kita menulis nota sama ada peribadi ataupun ilmiah diruang dinding Facebook. Apa yang terlintas difikiran akan kita kongsikan diruang dinding Facebook. Kita tidak lagi mengambil sikap tunggu dan lihat, berfikir dan bertenang. Apa yang kita suka akan kita tandakan dengan 'favourite'  dan apa yang menarik perhatian akan kita 'Like'dengan segera. Media sosial dan telefonpintar sudah tidak dapat dipisahkan lagi, bagi anak-anak cyber telefonpintar adalah buku pelajaran (ebook), alat permainan, radio dan televisyen, kamera, peralatan untuk bersosial, alat navigasi GPS dan pelbagai lagi.

Apa kata semasa membaca ruangan ini kita berehat sekejap dan renung kembali adakah kita telah terlalu banyak menzahirkan sesuatu di ruang media sosial tanpa memikirkan soal keselamatan dan bagaimana kita boleh terdedah dengan bahaya. Pernah atau tidak kita terfikir apa yang kita zahirkan dan kongsikan di ruangan media sosial tidak lagi boleh diambil semula. Hari ini kita tidak lagi tahu dengan siapa anak-anak atau adik-adik kita berkawan kerana aplikasi media sosial juga menawarkan jenis persahabatan berperingkat seperti ‘ friends, friends of friends, virtual group, recommend to friends’ dan pelbagai lagi. Sudah pasti apa yang kita kongsikan nanti akan sampai kepada individu-individu yang tidak sepatutnya. Jadi AWAS, anda didalam risiko bahaya. Prinsip asas kegunaan internet adalah supaya maklumat boleh dicapai dengan mudah telah juga telah membawa risiko yang amat tinggi apabila maklumat peribadi atau sesuatu yang dianggap sulit telah tidak dapat diambil dan disimpan semula. Oleh itu amalkan prinsip 5 saat iaitu, berfikir 5 saat sebelum membuat ‘posting’ atau ‘Like’ di ruangan media sosial.

Sepuluh (10) Perkara Jangan Dikongsikan di Internet/Media Sosial
01. Tarikh lahir (berkaitan dengan kad kredit)
02. Kad pengenalan (akan digunakan bagi pendaftaran line telefon)
03. Nama ibu (digunakan sebagai kata laluan keselamatan)
04. Alamat rumah ( mengundang penjenayah terus kerumah anda)
05. Gambar keluarga (awas! keluarga anda dalam bahaya)
06. Nombor telefon (memudahkan penjenayah membuat ugutan)
07. Update percutian ( memberitahu waktu bila rumah anda kosong)
08. Gambar didalam rumah (memberitahu gambaran keseluruhan)
09. Perasaan anda (memberitahu pemangsa untuk mengambil kesempatan)
10. Lokasi terkini (memberitahu tiada orang dirumah/fitnah)

Sepuluh (10) Langkah Berjaga-Jaga di Internet/Media Sosial
01. Baca terma dan polisi 'privacy', adakah ianya mendedahkan hak keperibadian anda
02. Pilih kata laluan yang berbeza semasa mendaftar bagi setiap aplikasi media sosial
03. Kurangkan perkongsian peribadi
04. Semak rakan-rakan anda dan berapa ramai yang anda betul-betul kenal, berhati-hati dengan 'stalkers'
05. Jawab email yang sah dan berkenaan sahaja, aktifkan tetapan keselamatan dari 'spam'
06. Jangan klik rujukan URL yang anda tidak pasti seperti dari 'bit.ly'. ia mungkin rujukan URL 'spam'
07. Jangan memuatturun 'plug-in' dan 'add-on' yang tidak perlu, hati-hati dengan 'cybercrooks & malware'
08. Rujuk ruangan 'Help' bagi maklumat 'security and privacy' ketahui hak keselamatan anda
09. Pastikan anda melupuskan 'browsing history' sekiranya menggunakan internet di capaian awam.
10. Jika anda membuat transaksi kewangan dilaman web pastikan laman tersebut menggunakan https:// dan bukan hanya http://. Abjad 's' bermaksud 'secure' iaitu selamat digunakan.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment