Thursday, 3 October 2013

Cara Memasang (install) Sistem Operasi Window 7

Sebelum memulakan pemasangan sistem operasi windows 7 ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan  diantaranya ialah:-

        Windows 7 DVD (bootable)

Komputer mesti mempunyai/ada: minimum spesifikasi seperti dibawah ini:

1 gigahertz (GHz) 32-bit (x86) atau CPU 64-bit (x64) 
1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) atau 2 GB RAM (64-bit)
16 GB ruang hard disk  (32-bit) or 20 GB ruang hard disk untuk (64-bit)
DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0

Langkah 1
Hidupkan komputer anda kemudian tekan F2 atau Del (bergantung kepada mainboard komputer) untuk memasuki sistem BIOS.


Langkah 2
Pergi ke pilihan Boot menu dan pilih Boot Dari CD/DVD.


Langkah 3
Tekan F10 untuk menyimpan konfigurasi BIOS dan tekan save kemudian komputer anda akan direstart semula.


Langkah 4
Masukkan DVD Windows 7 ke dalam DVD Drive dan anda akan lihat paparan skrin seperti dibawah, tunggu sehingga proses loading ini selesai.



Langkah 5
Anda akan diberi pilihan bahasa, format masa/mata wang, dan juga keyboard layout. Klik format masa/mata wang kepada pilihan negara anda dan kemudian klik "Next" untuk proses seterusnya.


Langkah 6
Ada beberapa pilihan seperti "Install Now", "Repair your computer", pilihan untuk "Repair your computer" adalah untuk komputer yang telah pun dipasang/di-install windows 7 tetapi mempunyai kesilapan teknikal dimana kesilapan ini menyebabkan sistem windows tersebut rosak dan perlu di baik-pulih. Tetapi untuk sesi ini anda perlu klik pada "Install Now".


Langkah 7
Paparan skrin Persetujuan untuk Lesen, klik dikotak "I accept the license term" diikuti dengan butang "Next".


Langkah 8
Dipaparan skrin ini anda boleh memilih samada untuk melakukan naik taraf/upgrade ataupun memasang Sistem Operasi Windows 7 yang baharu. Jika diperhatikan walaupun kita boleh melakukan upgrade/naik taraf daripada sistem operasi windows yang lama kepada sistem operasi windows 7 yang baharu, saya menggalakkan kepada anda untuk mengambil cara ke 2 iaitu klik pada "Custom (advanced)", ini bertujuan untuk mendapatkan sistem operasi windows 7 yang fresh/maksimum disamping mengurangkan masalah-masalah semasa proses pemasangan sistem operasi windows ini nanti.


Langkah 9
Klik pada lokasi hard disk dimana anda mahu fail windows dipasangkan/disimpan. Ada sesetengah pengguna perlu membuang sistem operasi yang lama untuk mengelakkan sebarang konflik dan juga menjimatkan ruang hard disk. Untuk melakukan pembuangan sistem operasi yang lama, anda perlu memilih "Drive Options" yang berada di bawah kotak pilihan hard disk dan lakukan format. Sila pastikan anda telah membuat salinan untuk fail-fail yang penting terlebih dahulu. Setelah itu klik "Next".


Langkah 10
Sistem Operasi Windows 7 akan memulakan proses pemasangan/penyimpanan data dimana ia akan mengambil lebih kurang 15-40 minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.


Langkah 11
Setelah proses pemasangan/install tadi selesai, sistem operasi Windows 7 akan melakukan reboot dan anda akan melihat paparan skrin seperti dibawah ini.


Langkah 12
Abaikan jika komputer anda ingin melakukan boot dari DVD-ROM, dan anda akan sampai dipaparan skrin dimana anda boleh masukkan nama anda diikuti nama komputer CONTOH Desktop PC/Amin PC. Nama komputer ini akan kelihatan dipaparan network (apabila melakukan network browse/explore), jadi sila gunakan nama yang bersesuaian supaya mudah untuk anda mengenal pasti komputer anda ini nanti.


Langkah 13
Pada paparan skrin ini anda boleh memasukkan "password" sistem operasi windows 7 anda, dan kemudian klik "Next"


Langkah 14
Pada paparan skrin ini, anda perlu memasukkan product key sistem operasi windows 7 yang kebiasaannya disertakan sekali apabila anda membeli Sistem Operasi Windows 7. Jika anda tidak mendapat product key semasa membeli Sistem Operasi ini, perhatikan di belakang Desktop atau dibawah bateri notebook. Jika masih tiada product key ini, kebiasaannya sistem operasi ini adalah trial, dan anda boleh menggunakan dalam masa sebulan, jika anda tidak melakukan peng-aktifan windows, salinan windows ini merupakan salinan yang tidak sah.


Langkah 15
Pilih Recommended Setting yang terletak diatas sekali diantara pilihanan-pilihan ini. Recommended Setting merupakan pilihan dimana windows/sistem operasi akan melakukan naik taraf windows tanpa memerlukan kebenaran dari pihak anda, pilihan ini boleh diubah kemudian di Control Panel, Windows Update.


Langkah 16
Paparan skrin untuk pilihan masa dan tetapan tarikh. Pilih zon masa, tarikh dan masa yang betul dan klik "Next" untuk teruskan.


Langkah 17
Jika pemasangan sistem operasi ini berjaya untuk mengecam pemacu network anda, paparan untuk memilih netwok akan keluar, jika anda merupakan user/pengguna didalam network tersebut sila buat pilihan ke "Home Network", jika tidak, sila buat pilihan mengikut kesesuaian anda, kemudian sistem operasi akan melakukan finalize/memuktamadkan pilihan yang telah dibuat tadi, setelah selesai finalize, sistem operasi akan melakukan reboot, dan dipaparan skrin akan muncul sistem operasi Windows 7. Masukkan password anda tadi, supaya anda boleh log-in ke dalam windows dan pemasangan sistem operasi windows 7 ini telah berjaya anda lakukan.


Selamat Mencuba.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment