Saturday 2 February 2013

Komputer Hang


Pelan Tindakan Dan Cadangan

  • Penghawa dingin mestilah berfungsi dengan baik di mana suhu di dalam lingkungan 19.5°C dan kelembapan di paras 50.7%;
  • Semua peralatan keselamatan, UPS dan penghawa dingin mestilah diselenggarakan sekerap yang mungkin;
  • Sentiasa keluar dari Windows atau menutup komputer dengan cara yang betul bagi mencegah ralat sistem iaitu klik Start -> Shut Down. DILARANG sama sekali menutup komputer secara fizikal iaitu dengan menutup suis atau mencabut plug atau sebagainya;
  • Tamatkan “not responding” dengan menekan kekunci Ctrl-Alt-Del jika sebarang program komputer tidak berfungsi (hang);
  • Pastikan komputer tidak terdedah secara terus kepada pancaran matahari/haba dan elakkan komputer daripada kawasan tarikan kuasa magnet/kuasa voltan yang tinggi;
  • Dilarang menggunakan alat penyambung kuasa elektrik bagi pelbagai peralatan. Bekalan kuasa elektrik yang tidak stabil akan merosakkan komputer. Gunakan kemudahan Uninterruptible Power Supply (UPS) atau Automatic Voltage Regulator (AVR) untuk memastikan bekalan elektrik sentiasa dibekalkan mengikut spesifikasi keperluan komputer atau komputer riba;

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment