Thursday, 20 June 2013

Sandy Bridge

Sandy Bridge merupakan nama kod untuk pemprosesan pusat keluarga Intel, pemprosesan Sandy Bridge adalah berbeza daripada generasi sebelumnya kerana menampilkan keupayaan keseluruhan core termasuklah grafik pada chip tunggal, ia dihasilkan menggunakan Intel 32nm (nanometer) dengan teknologi die shrink fabrication process ia juga dihasikan dengan keupayaan Intel Turbo Boost 2.0 untuk peningkatkan prestasi sebagai keperluan asas.

Pemprosesan pusat Intel Sandy Bridge dikeluarkan pada awal tahun 2011, pengeluarannya diperluaskan untuk pemprosesan pusat i3, i5 dan i7, untuk kegunaan komputer desktop, komputer riba dan komputer pelayan. Nama kod  pemprosesan pusat Ivy Bridge merupakan pengganti kepada pemprosesan pusat Sandy Brige, ia dijangka akan dipasarkan pada tahun 2012, pemprosesan pusat Ivy Bridge menampilkan penggunaan Intel 22nm (nanometer) dengan teknologi die shrink process dan dijangkakan dapat menawarkan prestasi yang lebih baik daripada pemprosesan pusat Sandy Bridge dalam lingkungan 20 ke 30 peratus.

Pemprosesan pusat Sandy Bridge memaparkan keupayaan dwi teras, empat teras dan juga enam teras. Ia menggunakan soket jenis LGA 1155.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment