Imej yang anda lihat di monitor diperbuat daripada titik-titik kecil yang dipanggil piksel. Pada tetapan resolusi skrin yang paling biasa ia memaparkan lebih daripada satu juta piksel dan komputer akan memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan setiap satu piksel untuk membentuk satu imej paparan. Untuk melakukan proses ini, ia memerlukan penterjemah untuk mengambil data binari daripada pemprosesan pusat dan mengubahnya menjadi imej yang boleh anda lihat. Berlainan pula jika komputer hanya mempunyai keupayaan grafik yang dibina pada motherboard, dan proses ini berlaku di kad antaramuka grafik.
Proses kerja yang dilakukan pada kad antaramuka grafik adalah amat kompleks akan tetapi prinsip-prinsip dan komponennya adalah mudah untuk difahami. Dalam artikel ini, kita akan melihat bahagian asas kad antaramuka video dan apa yang mereka lakukan? Kami juga akan mengkaji faktor-faktor bagaimana ia dapat melakukan sesuatu kerja dengan secara bersama untuk menghasilkan sesuatu gambar dengan pantas dan cekap.
Fikirkan komputer anda sebagai sebuah syarikat yang mempunyai jabatan seni sendiri. Apabila seseorang dalam syarikat itu mahu sebuah karya seni, mereka menghantar permintaan kepada jabatan seni. Jabatan seni memutuskan bagaimana untuk mencipta imej tersebut dan kemudiannya meletakkan ia di atas sekeping kertas. Hasilnya idea seseorang dapat dicapai, dan karya itu dapat dilihat.
Kad grafik menggunakan prinsip yang sama. Pemprosesan pusat bekerja sama dengan aplikasi perisian, menghantar maklumat mengenai imej tersebut ke kad antaramuka grafik, dan kemudiannya kad antaramuka grafik memutuskan bagaimana untuk menggunakan piksel tersebut untuk menjadikan imej dan maklumat itu dihantar ke monitor melalui sambungan kabel.
Mewujudkan imej daripada data binari adalah satu proses yang mencabar. Untuk membuat imej 3-D, kerja pertama kad grafik adalah mewujudkan rangka dawaian daripada satu garisan lurus. Kemudian ia, melakukan rasterizes imej (mengisi baki piksel). Ia juga menambah struktur pengcahayaan, tekstur dan warna. Untuk permainan 3-D, kad antaramuka grafik akan melakukan proses ini sehingga enam puluh kali sesaat. Jika tiada kad antaramuka grafik untuk melakukan pengiraan yang perlu, pemprosesan pusat terpaksa menanggung beban melampau untuk menghasilkan imej tersebut.
Kad grafik melakukan tugas ini menggunakan empat komponen utama:
Sambungan motherboard untuk data dan kuasa.
Pemprosesan pusat untuk menentukan apa yang perlu dilakukan dengan setiap piksel pada skrin.
Memori sementara untuk menyimpan maklumat lengkap tentang setiap pixel dan untuk menyimpan imej yang lengkap.
Sambungan ke monitor supaya anda dapat melihat keputusan terakhir.
PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508
0 comments:
Post a Comment