Wednesday 16 January 2013

Serangan Virus

Pelan Tindakan Dan Cadangan


a) Sentiasa melakukan imbasan dan nyah virus (virus scanning) ke atas setiap media storan luar (disket/cakera padat/external hard disk/pendrive dsb.) untuk mengesahkan bahawa ianya adalah bebas daripada sebarang virus atau spyware. Dengan cara ini, pengguna dapat mengawal keselamatan maklumat dan data daripada dirosakkan oleh serangan virus;

b) Menggunakan perisian antivirus yang sah dan diperoleh oleh Jabatan. Maklumat terkini berkaitan serangan virus dan penyelesaian boleh didapati dengan melayari laman web perisian antivirus tersebut (contohnya http://www.thepakarpc.com).

c) Tidak melayari sebarang laman web berunsur lucah yang mana sudah diketahui umum mempunyai banyak spyware yang boleh menyebabkan penurunan prestasi komputer pengguna selain daripada boleh mencuri maklumat yang terkandung di dalam komputer pengguna;

d) Memastikan setiap komputer dan notebook yang digunakan melakukan proses imbasan dan nyah virus sekerap yang mungkin. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua komputer yang digunakan adalah bebas daripada sebarang virus;

e) Pengguna dinasihatkan supaya membuat backup semua dokumen dan data penting yang disimpan di cakera keras (hard disk drive) komputer ke media storan lain secara berkala sekerap mungkin sebagai langkah pemulihan sekiranya berlaku kerosakan;

f) Setiap komputer mestilah mempunyai kata laluan;


PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment