Wednesday 15 January 2014

Perbezaan Antara USB Flash Drive dan SSDs

Terdapat banyak perkakasan tambahan yang membolehkan anda untuk menambah kapasiti ruang storan untuk simpanan data termasuk menggunakan pelbagai jenis kad memori USB dan pemacu simpanan luaran ataupun dalaman. Pemacu atau peranti simpanan data ini merupakan memori sistem kilat iaitu peranti SSDs dan pemacu kilat USB, dimana perkakasan ini menggunakan cip memori yang diprogramkan untuk simpanan data dan bukannya jenis plate magnetic yang digunakan dalam cakera keras biasa (tradisional). Walau bagaimanapun, jika anda ingin menambah peranti atau pemacu memori ini ke komputer anda, terdapat beberapa perbezaan yang penting harus anda ketahui.

Saiz fizikal dan Penggunaan
Peranti kilat USB biasanya mempunyai saiz yang lebih ringan, kecil ataupun sebesar ibu jari, dengan demikian, anda mungkin mendengar orang merujuk perkakasan ini sebagai pemacu ibu jari. Sebaliknya, SSDs kelihatan seperti pemacu cakera keras yang dipasang pada komputer meja dan komputer riba. SSDs datang dalam 4 saiz yang berbeza iaitu: 1.8 inci, 2.5 inci, 3.5 inci dan 5.25 inci. Jika anda sentiasa perlu menggunakan pemacu USB sebagai peranti stor luaran, SSDs juga boleh bertindak sebagai pemacu dalaman mahupun luaran. Pengeluar merekabentuk SSDs untuk digunapakai didalam komputer meja mahupun dikomputer riba. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli pemacu SSDs luaran. SSDs luaran hanyalah pemacu SSDs didalam sebuah peti yang membolehkan anda menyambungkannya ke komputer melalui port USB. Sebagai alternatif, anda boleh membuat peti SSDs luaran anda sendiri, dengan membeli satu peti pemacu keras luaran dengan papan penukaran SATA ke USB dan kabel, pasang pemacu didalam peti luaran ini dan kemudian sambungkannya ke komputer anda. Dengan menggunakan 2.5 inci atau 3.5 inci SSDs di dalam sebuah peti luaran, anda juga telah membuat 1 peranti storan mudah-alih seperti pemacu USB.

Kelajuan
Jika anda ingin menyalin fail ke peranti mudah alih, untuk anda boleh berkongsi fail dengan rakan, kelajuan storan kilat USB anda tidak perlu untuk dibimbangkan. Akan tetapi, jika anda senantiasa perlu menggunakan peranti kilat USB anda untuk menyalin, menyimpan atau memindahkan fail, kelajuan boleh menjadi isu. Kebanyakan peranti kilat USB kebiasaannya melakukan pemindahkan data menggunakan USB 2.0, yang bermaksud bahawa dibawah keadaan optik peranti boleh membaca data pada 34MB/s (megabait sesaat) dan menulis pada 28MB/s. Sesetengah peranti kilat USB 3.0 baharu boleh membaca dan menulis data dengan lebih cepat, dan yang paling maksimum boleh membaca dan menulis data sehingga 124MB/s. SSDs adalah lebih ketara, ini kerana ia boleh melakukan proses ini dengan lebih hebat daripada peranti kilat USB 3.0, dan juga daripada pemacu cakera keras tradisional yang berasaskan plate magnetic. Pemacu moden, SSDs disambungkan ke papan induk komputer melalui kabel SATA atau Serial ATA. Walau bagaimanapun, SSDs boleh memindahkan data sehingga 360MB/s, manakala pemacu cakera keras tradisional kebiasannya mengehadkan permindahan data pada kadar antara 120MB/s kepada 165MB/s. Jika anda ingin menyalin kandungan fail 700MB ke peranti kilat USB, ia akan mengambil masa kira-kira 20 hingga ke 30 saat untuk SSDs pula, hanya mengambil masa kurang daripada 5 saat.

 Kapasiti dan Kos
Apabila datang kepada kapasiti ruang simpanan, kedua-dua SSDs (luaran atau dalaman) dan peranti kilat USB mempunyai saiz yang jauh lebih kecil daripada kebanyakan cakera keras berasaskan plate magnetic. Peranti kilat USB yang terbesar adalah 256GB pada November 2013. Victrorinox mencipta peranti USB pada kapasiti 1TB, dengan harga RM9870, ia merupakan suatu harga melangkaui keperluan pengguna. SSDs yang terbesar menyediakan kapasiti ruang simpanan pada 1TB, tetapi pemacu ini kebiasaanya dikeluarkan hanya pada 128GB sehingga ke 512GB. Sebagai perbandingan, cakera keras  SATA versi tradional (plate magnetic) yang boleh didapati dalam saiz sehingga 4TB. Oleh kerana peranti kilat USB menggunakan jenis ingatan kilat yang lebih murah daripada SSDs, harganya juga menjadi lebih murah jika hendak dibandingkan dengan SSDs. Harga kos untuk sebuah peranti kilat USB pada saiz 128MB adalah kira-kira RM263, manakala SSDs dengan kapasiti simpanan yang sama akan menetapkan harga diantara RM296 dan RM395 bergantung kepada jenama yang anda beli. Sementara untuk SSDs dengan kapasiti yang lebih besar, harga pemacu ini meningkat dengan lebih ketara. Sebagai contoh, 512GB SSDs kebiasannya dijual pada harga diantara RM1070 dan RM2303. Untuk perbandingan, jenama utama untuk pemacu bersaiz 500GB tradional (plate magnetic) dijual jauh lebih murah pada harga RM180. Perhatikan bahawa kesemua keupayaan dan harga hanya sehingga November 2013 dan boleh diubah dengan ketara tanpa notis.

Kebolehkepercayaan dan Kecekapan
Walaupun kos untuk SSDs lebih tinggi daripada pemacu kilat USB, pemacu ini juga lebih dipercayai oleh pengguna. Kedua-dua jenis pemacu menggunakan memori ingatan kilat NAND untuk simpanan data, akan tetapi bukan jenis yang sama. Peranti kilat USB menggunakan sel ingatan pelbagai peringkat (Multi Level Cell), yang jauh lebih murah daripada memori sel  1 tahap yang digunakan didalam SSDs. Sistem memori MLC (Multi Level Cell) yang digunakan didalam peranti kilat USB hanya boleh menyimpan 2bit data untuk setiap sel , yang menyebabkan kapasiti penyimpanan data yang jauh lebih besar. Malah, sesetengah pemacu SSDs hibrid menggunakan memori MLC (Multi Level Cell) untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan mereka sehingga 1GB . Walau bagaimanapun sistem memori SLC (Single Level Cell) tidak membenarkan apa-apa data disimpan didalam kapasiti yang besar, ia kekal jauh lebih baik daripada memori MLC (Multi Level Cell). Secara umumnya, anda hanya boleh membaca dan menulis data kepada sel memori MLC (Multi Level Cell) kira-kira 5,000 kali. SLC (Single Level Cell) meningkatkan bilangan kitaran baca/tulis kira-kira 50,000 kali. Papan pengawal yang terdapat didalam SSDs menyokong Sistem Perataan, yang membantu untuk menyebarkan operasi baca/tulis pada setiap sel-sel yang terdapat didalam cip memori untuk membuat pemacu untuk tahan lebih lama. Pengawal dalam pemacu SSDs juga membolehkan ciri-ciri cakera keras yang maju, seperti native-command queuing yang mengoptimumkan permintaan baca/tulis dan SMART, yang membolehkan BIOS komputer untuk memantau pemacu didalam masa nyata untuk mengatasi masalah potensi nomali. Terdapat banyak sebab-sebab teknikal lain mengapa SSDs mempunyai prestasi yang jauh lebih baik dan lebih tahan lama daripada peranti kilat USB. Walau bagaimanapun, SSDs adalah lebih cepat dan lebih dipercayai daripada pemacu kilat USB.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment