Thursday, 16 January 2014

Tiada apa yang boleh digantikan didalam MacBook Pro Retina baharu.

Apple MacBook Pro dengan paparan Retina model 2013: Pastikan tangan anda hanya diluar.


MacBook Pro 13-inci dengan paparan Retina, dengan semua komponen yang telah dibuka.

Bukan sahaja bateri komputer riba baharu 'yang ditetapkan ditempat yang digam dengan sangat kuat, kini komponen utama juga dipateri ke papan logik utama, menjadikan ia lebih sukar untuk digantikan akan tetapi lebih cenderung untuk dirosakkan.

Sebagai contoh, headphone jack kini dipateri ke papan logik utama. Sambungan itu mudah haus dan lusuh, jika patah sediakanlah ribuan ringgit untuk dibaiki.

Papan logik 13-inci, menunjukkan Intel Core I5-4258U CPU (merah) dan dipaterikan ke RAM (oren)

Lebih penting lagi, MacBook Pro baharu telah mengikuti tradisi model lama 2012 dengan cara mematerikan RAM ke papan logik utama. Walau bagaimanapun jika memori yang anda pesan itu sebanyak 8Gb, hanya itulah yang boleh anda gunakan selagi laptop itu masih boleh digunapakai. Tiada lagi penambahan RAM yang boleh dilakukan seterusnya.

Baru, SSDs berasaskan PCIe khas dari Apple, seperti yang terdapat dalam MacBook Pro terbaharu (depan dan belakang)

Apple sekali lagi menggunakan pemacu kilat mereka didalam model terbaharunya, bermaksud anda tidak akan dapat untuk menukar atau menaik taraf dengan yang lain. Akan tetapi, kali ini laptop ini telah ditukarkan daripada pemacu mSATA ke PCIe.

Jika perubahan komponen-komponen ini masih tidak cukup untuk menghalang anda daripada membuka atau cuba dibaiki sendiri, Apple kini telah menutupkan casenya, dengan menggunakan skru pentalobe mereka.

Begitu juga dengan paparan Retina pada MacBook Pro baharu. Jika paparan anda gagal berfungsi, anda perlu untuk menggantikan keseluruhan unit, yang pasti menjadi kos untuk membaiki menjadi lebih mahal.

Memandangkan betapa sukarnya untuk memperbaiki atau menggantikan apa-apa didalam model Retina ini, produk Apple mungkin tidak lama lagi akan dicurigai oleh pengguna, dan tidak mempunyai apa-apa nilai praktikal.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

1 comment:

  1. Saya bercadang utk membeli macpro 15 in. Adakah situasi yg sama berlaku pd macpro i7 tersebut

    ReplyDelete