Monday, 29 July 2013

Priyanka, virus yang merebak melalui WhatsApp


Pengguna mesej mudah alih telah menyedari kehadiran virus baru yang mula merebak melalui fail kenalan didalam WhatsApp. Virus ini mampu untuk menukar nama kumpulan dan nama kenalan 'kepada' Priyanka. Ia bukan sejenis virus yang agak merbahaya, tetapi, sudah pasti, ia akan membuatkan kita merasa sakit hati untuk melihat semua nama kenalan kita berubah kepada Priyanka.


 Ia amat mudah untuk dikenal pasti dan apa yang baiknya adalah ia tidak mampu untuk menceroboh dengan sendirinya (install) . Jika anda menerima fail kenalan yang dipanggil 'Priyanka', jangan cuba buka atau simpan mahupun menambah pada kenalan. Jika anda tidak melakukan perkara ini tadi, virus ini tidak akan membahayakan telefon bimbit anda. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita tidak menyedari apa yang akan berlaku, dan apa yang kita lakukan secara tiba-tiba kita telah membuka fail kenalan ini. Jika telefon bimbit anda telah dijangkiti virus ini, jangan bimbang kerana kami akan menerangkan bagaimana untuk menghapuskan virus ini.

Pada mulanya, pastikan semua service perkhidmatan data, Wi-Fi dan juga Bluetooth anda telah dimatikan. Dengan cara ini, anda boleh mengelak virus Priyanka daripada terus merebak ke senarai kenalan anda. Kemudian, hapuskan virus ini dari senarai kenalan anda satu persatu bermula dengan pangkalan data WhatsApp (senarai kenalan) . Anda perlu memastikan ia telah dihapuskan sepenuhnya dari telefon bimbit anda.

Selepas itu buang aplikasi ini (uninstall) dan lakukan semula tetapan (install) . Ia benar-benar mudah, walaupun anda hanya pada peringkat permulaan, tetapi anda perlu sedar bahawa anda akan kehilangan semua perbualan dan maklumat yang telah disimpan dalam aplikasi anda sebelum ini.


Jadi, jika anda telah mempunyai idea untuk keseluruhan proses dan tahu bagaimana untuk melakukannya, anda perlu pergi ke senarai kenalan dan padam semua kenalan yang bernama Priyanka. Kemudian, pergi ke pilihan 'Settings', pilih 'Apps' dan, selepas itu, klik pada 'Force stop' dan ' ‘Clear data’. Muat turun semula aplikasi WhatsApp dan lakukan proses penetapan (setup) .Dan akhirnya aplikasi ini di bawah kawalan anda semula.

PakarPC No 23-1, Block A, No 2 Jalan Langkawi 53300 Setapak Kuala Lumpur FB:facebook.com/thepakarpc Hotline:1800-88-7508

0 comments:

Post a Comment